SEREMBAN – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menafikan beliau cuba mengambil kesempatan berhubung insiden melibatkan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu untuk meraih publisiti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan, sebaliknya ia dibuat bagi mempertahankan kakitangan kementeriannya.
“Saya difahamkan dulu pernah berlaku insiden membabitkan orang kenamaan (VIP) bersikap sedemikian tetapi tidak diambil peduli dan diberi perhatian oleh menteri ketika itu.
“Saya hendak beri mesej pada pegawai bahawa peraturan perlu dipatuhi termasuklah orang kenamaan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat agensi kerajaan bersama pegawai pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Temiang dan Kampung Bukit Merbah di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










