'MyNelayan' platform maklumat nelayan - Utusan Malaysia

‘MyNelayan’ platform maklumat nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kini memperkenalkan aplikasi ‘MyNelayan’ bagi memudahkan komuniti nelayan mendapat maklumat berhubung bantuan dan inisiatif kerajaan tanpa perlu ke pejabat agensi itu.

Ketua Pengarah LKIM, Jamaludin Othman berkata, aplikasi itu akan berfungsi menyediakan maklumat rujukan asas nelayan seperti status lesen vesel, subsidi dan produktiviti mereka.

“Jenis bantuan kepada mereka termasuklah subsidi minyak petrol atau diesel, elaun sara hidup nelayan, insentif hasil tangkapan ikan, status lesen bot, kad nelayan dan juga program baik pulih rumah nelayan.

“Selain itu, aplikasi ini juga bertujuan memantau agar segala bantuan dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersasar,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi itu sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN