Myanmar, Bangladesh saling tuding jari - Utusan Malaysia

Myanmar, Bangladesh saling tuding jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR 16 Nov. – Myanmar dan Bangladesh saling menyalahkan satu sama lain berikutan kegagalan rancangan penghantaran pulang beratus-ratus ribu pelarian etnik Islam Rohingya.

Pegawai-pegawai dari ke-dua-dua negara saling menu-ding jari berikutan kurangnya kemajuan dalam pelan dua ha­la yang dipersetujui mereka pada Oktober lalu.

Penangguhan penghantaran pulang tersebut merupakan kegagalan besar bagi kedua-dua negara yang menyaksikan krisis pelarian terbesar di dunia itu gagal diselesaikan.

Beratus-ratus pelarian itu di Bangladesh membantah usaha menghantar pulang mereka ke Myanmar, malah sehingga lewat petang semalam tiada seorangpun yang pulang ke negara tersebut.

Myanmar menyalahkan Bangladesh kerana gagal membawa pulang mana-mana pela­rian itu sambil menegaskan pihaknya bersedia menerima kepulangan mereka.

“Jujurnya Bangladesh amat lemah dalam melakukan pe­rancangan fizikal. Kami akan menerima pelarian Rohingya seperti yang termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua negara. Sama ada mereka pulang atau tidak itu adalah pilihan mereka sendiri,’’ kata Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, Myint Thu.

Gambar yang dipaparkan dalam media sosial menunjuk­kan pegawai-pegawai Myanmar di sempadan negara itu menunggu ketibaan pelarian di pusat penerimaan.

Bangladesh telah berjanji untuk tidak memaksa pelarian itu pulang dan telah meminta Pesuruhjaya Tinggi bagi Pela­rian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) supaya memastikan mereka yang disenarai pendek adalah kumpulan yang benar-benar mahu pulang.

Sementara itu, pihak ber­kuasa imigresen Myanmar te-lah menahan seramai 106 etnik Islam Rohingya yang menaiki sebuah bot dari Yangon sekali gus mencetuskan kebimba-ngan berlakunya gelombang ter­baharu dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Bot berkenaan ditahan awal pagi ini kira-kira 30 kilometer dari bandar tersebut manakala pihak polis kini menyiasat insiden berkenaan.

“Kemungkinan mereka dari Rakhine. Seperti tahun-tahun sebelum ini berkemungkinan be­sar mereka adalah Bengali (na­ma yang diberikan Myan­mar kepada pelarian Rohing­ya) dari Rakhine,’’ katanya pe­gawai imigresen, Kyaw Htay. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN