Muhammad Adib mula beri respon kepada doktor - Utusan Malaysia

Muhammad Adib mula beri respon kepada doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height awal pagi Isnin lalu mula menunjukkan reaksi terhadap arahan doktor .

Dalam kenyataan terbaharu Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, telah mula memberikan tindak balas kepada beberapa arahan lisan namun anggota bomba tersebut masih diberi sedatif untuk membantu memulihkan organ dalamannya.

“Ringkasnya keadaan beliau masih kritikal tetapi stabil dengan tanda semakin pulih.

“Pihak fisioterapi akan memulakan latihan pasif sebagai sebahagian pemulihan jantung dan paru-paru mangsa ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN