IPOH – Jabatan Perhutanan Perak diminta menggunakan pelbagai pendekatan yang lebih mudah dan praktikal dalam usaha memudahkan orang awam untuk mendapatkan Permit Masuk Hutan Simpanan Kekal (HSK) ke Pos Kuala Mu yang terletak di Hutan Simpan Piah, Sungai Siput di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan jabatan berkenaan yang mengenakan sekatan masuk selain arahan mewajibkan pengambilan permit masuk ke HSK itu perlu diperhalusi dan diselesaikan dengan langkah yang sewajarnya.
“Jabatan Perhutanan mungkin boleh bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan mengeluarkan permit berbanding cara sedia ada sekarang yang dilihat agak rumit.
“Kemungkinan kita boleh mengeluarkan permit di kawasan yang terdekat atau buka sahaja permohonan secara atas talian,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










