MoU tingkatkan hasil pertanian tiga kali ganda - Utusan Malaysia

MoU tingkatkan hasil pertanian tiga kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Nov.- Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama enam pemasar tempatan bagi pemasaran produk sayuran dan buahan segar tempatan keluaran ahli peladang.

Enam pemasar tempatan adalah Tesco Malaysia Berhad; Techno Fresh Sdn. Bhd., TF Value Mart, CH Leong Global, Leong Hock Seng dan Agro Processor Sdn. Bhd.

Keenam-enam mereka mewakili empat bidang utama iaitu hyper market, pemprosesan , pembungkusan dan restoran.

Pertukaran MoU berkenaan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub; Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Hamzah Bahari dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Norfaezah Omar.

Menurut Hamzah, setakat ini pertubuhan peladang kawasan Kuala Langat sudah memasarkan tujuh produk dan buahan segar tempatan dengan kapasiti 120 matrik tan sebulan.

Katanya, menerusi MoU ini dijangka lebih banyak lagi produk segar akan dibekalkan secara konsisten ke ruang pasaran yang disediakan oleh pemasar tempatan berkenaan.

“Pemasaran hasil pertanian dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa dua tahun akan datang.

“Malah PPK Kuala Langat turut berjanji untuk terus mempromosikan produk, meramcang tanaman, memastikan kualiti produk serta keselamatan produk adalah terjamin dan mampu membekalkan hasil secara konsisten ke ruang pasaran yang disediakan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN