Mohd. Reza Panglima TLDM baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Reza Panglima TLDM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dilantik sebagai Panglima Tentera Laut yang baharu bagi menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkuat kuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas itu turut disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera, Je­neral Tan Sri Zulkifli Zai­nal Abidin.

Mohd. Reza mula berkhidmat bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 1 Mei 1981 selepas menamatkan pendidikan di Maktab Tentera Diraja (MTD), Kuala Lumpur.

Panglima Tentera Laut Ke-17 itu pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti Panglima Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1); Pegawai Pemerintah KD Lekiu (FFG 30); Panglima Angkatan Bersama di Markas Angkatan Bersama dan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 13 Julai lalu.

Bapa kepada lima cahaya mata itu juga telah dianugerahkan beberapa pingat atas jasa dan pencapaian yang dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN