KOTA BHARU 18 Nov. – Presiden Persekutuan Muaythai Malaysia (MFMP), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani dilantik menjadi Ahli Panel Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) negeri, berkuat kuasa hari ini.
Mohd. Fared merupakan ahli jemaah penasihat yang ketiga BBSM negeri selepas Datuk Wan Ali Wan Ahmad dan Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Penyerahan sijil pelantikan beliau disempurnakan oleh Pengerusi BBSM negeri, Tuan Ghazali Tuan Long dalam satu majlis di Pejabat BSMM Kelantan, di sini hari ini.
Dalam majlis sama turut diadakan penyerahan sijil pelantikan dua ahli baharu dalam jawatankuasa BSMM negeri.
Mereka ialah Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr. Mohd. Azman Yacob dan Pengerusi BSMM Yayasan Islam Kelantan (YIK), Muhamad Nazari Mohd. Noor. – UTUSAN ONLINE











