LOS ANGELES, 24 Nov. – Phil Mickelson berjaya menewaskan Tiger Woods dalam satu pertembungan epik yang berlarutan sehinggan empat lubang tambahan di Lapangan Golf Shadow Creek di sini sebentar tadi.
Kemenangan menundukkan musuh seterunya itu menyaksikan Mickelson membawa pulang hadiah wang tunai AS$9 juta (RM37.77 juta).

Aksi 22 lubang itu hanya dihadiri seramai 700 penonton.
Mickelson, 48 dan Woods, 42, telah melepasi zaman kegemilangan mereka namun pertarungan epik antara pemenang 19 kali kejuaraan utama itu masih lagi mencipta keterujaan bagi peminat golf.
GELAGAT Mickelson (kiri) dan Tiger Woods (kanan) ketika perlawanan pertunjukkan di Lapangan Golg Shadow Creek hari ini. – UTUSAN ONLINE/REUTERSKedua-dua legenda ini merekodkan kemenangan pada PGA Tour 2018, lima tahun sejak kali terakhir Mickelson menang kejuaraan utama sementara Woods sejak 2008. – AGENSI











