Meter pintar: TNB minta buat temu janji awal - Utusan Malaysia

Meter pintar: TNB minta buat temu janji awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. — Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggesa penduduk Melaka yang menerima notis pemasangan meter pintar supaya membuat temu janji lebih awal bagi memudahkan petugasnya melakukan kerja-kerja pemasangan di kediaman mereka.

Sehubungan itu, TNB mengingatkan orang ramai menghantar notis untuk memaklumkan kepada syarikat itu menerusi pos atau serahan tangan selewatnya-lewatnya dalam tempoh 30 hari sebelum meter pintar dipasang. 

“Kerja-kerja pemasangan hanya akan dilakukan sekiranya individu dewasa berada di kediaman. Kalau tidak, kita akan mengatur semula jadual temu janji itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

TNB memberitahu, setakat ini kira-kira 100,000 daripada 340,000 meter pintar telah dipasang di Melaka. 

Untuk pertanyan lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi Kedai Tenaga pada waktu pejabat. 

Pemasangan meter pintar yang merupakan sebahagian daripada usaha TNB untuk memperkasa pengguna dan meningkatkan kepuasan pelanggan menerusi penggunaan teknologi ini akan diperluaskan secara berperingkat ke negeri-negeri lain mulai tahun depan sehingga selesai di seluruh negara pada 2022. 

Kelebihan utama meter pintar ini adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan tenaga isi rumah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN