Mepa meterai MoU bersama ICEM, IEM - Utusan Malaysia

Mepa meterai MoU bersama ICEM, IEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Nov. – Persatuan Tenaga Profesional Malaysia (Mepa) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Institut Pensijilan Kejuteraan Malaysia (ICEM) dan Institut Kejuteraan Malaysia (IEM) bagi menubuhkan Persatuan Tenaga Persekutuan Malaysia (Fomea).

Presiden Mepa, Datuk Mohsen Hasbollah berkata, persatuan tersebut diwujudkan bagi mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan hanya membenarkan persatuan yang mempunyai hubung kait dengan industri tenaga menganggotainya.

“Fomea berhasrat mempunyai hierarki yang jelas dari peringkat awal bagi memudahkan setiap maklumat disalurkan sama ada kepada kerajaan atau pun pemain industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam Mepa di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan.

Dalam pada itu, Mohsen berkata, di bawah bahagian latihan dan pembangunan Mepa, pihaknya turut bersetuju menyokong Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menjadi Pusat Cekap Tenaga.

Pada masa sama, katanya, Mepa juga mahu meletakkan Uniten sebagai pusat latihan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masa hadapan untuk manfaat semua ahlinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN