Menteri Kewangan Singapura bakal PM? - Utusan Malaysia

Menteri Kewangan Singapura bakal PM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 23 Nov. – Parti pemerintah Singapura menamakan Menteri Kewangan, Heng Swee Keat untuk memegang jawatan kepimpinan tertinggi, sekali gus berkemungkinan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri, Lee Hsien Loong meletakkan jawatannya.

MENTERI Kewangan Singapura, Heng Swee Keat. – AFP

Swee Keat dilantik sebagai naib setiausaha agung pertama Parti Tindakan Rakyat.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh parti berkenaan dalam Facebook, Hsien Loong berkata anggota badan pembuat keputusan tertinggi, Suruhanjaya Eksekutif Pusat, telah memilih Swee Keat sebagai pemimpin mereka.

“Saya menyokong keputusan pasukan yang lebih muda dan gembira dengan keputusan berkenaan,” kata Hsien Loong sambil menambah beliau akan merombak Kabinet tidak lama lagi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×