Menteri Israel sifatkan pelan damai Israel-Palestin buang masa - Utusan Malaysia

Menteri Israel sifatkan pelan damai Israel-Palestin buang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 21 Nov. – Menteri Undang-undang Israel menyifatkan usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melaksanakan pelan damai dengan Palestin yang telah lama berlanjutan sebagai membuang masa. Ayelet Shaked menegaskan, jurang antara Israel dan Palestin terlalu besar untuk dirapatkan. “Secara peribadi saya merasakan pelan itu membuang masa,’’ katanya yang merupakan anggota parti Jewish Home, parti paling utama dalam parti gabungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Shaked dan anggota parti berkenaan secara terbuka menentang penyelesaian dua negara berhubung konflik Israel-Palestin. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN