Menteri akui banyak rumah ibadat dibina tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Menteri akui banyak rumah ibadat dibina tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengakui banyak rumah ibadat dibina tanpa kebenaran yang dibuat atas tanah persendirian.

Beliau berkata, rumah-rumah ibadat tersebut kebanyakannya dibina di kawasan perumahan yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Di Selangor dulu memang ada rumah-rumah ibadat dibuat di rumah yang tidak dapat kelulusan, jadi PBT buat tindakan pada waktu itu.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menyeragamkan peraturan serta undang-undang melalui dasar kebangsaan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Zuraida, walau bagaimanapun Kuil Sri Maha Mariamman tidak terlibat dalam peraturan dan undang-undang tersebut kerana status pemilikan tanah rumah ibadat di USJ 25 itu telah diputuskan oleh mahkamah.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan menetapkan resolusi sebarang pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN