PASANGAN Mohd. Hazril Rashid, 37, dan Nurul Khairiah Md. Khair, 34, tidak menghiraukan panas terik matahari yang menyimbah bumi Madinah, Arab Saudi ketika mereka cuba mendaki Bukit Uhud bersama anak kesayangan yang berusia enam tahun, Muhammad Altamis Danish. Dari lereng bukit berbatu itu, mereka meninjau kawasan lembah yang pernah terjadi perang besar antara tentera Islam dan kaum musyrikin Mekah pada tahun 3 Hijrah (625 Masihi). Dalam Perang Uhud pada 1393…









