Mekanisme subsidi bersasar diperlukan - Utusan Malaysia

Mekanisme subsidi bersasar diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 Nov. –Kerajaan dijangka mem­pelawa syarikat-sya­rikat penyedia perkhidmatan untuk membekalkan sistem bagi menentukan mekanisme terbaik pelaksanaan subsidi bersasar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses Request For Proposal (RFP) itu dijangka bermula segera susulan mesyuarat bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Khamis lepas.

Menurut Saifuddin, sistem yang bakal dibekalkan kelak boleh digunakan segera kerana keutamaan kerajaan ketika ini ialah mahu berjimat setelah berbelanja RM7 bilion untuk subsidi RON 95 dan gas pada tahun ini.

“Sehubungan itu, sebelum pemberian subsidi bersasar bermula, satu projek perintis akan dilaksanakan sebelum suku kedua tahun depan. Sistem yang bakal dibekalkan kepada kerajaan itu mestilah memudahkan stesen-stesen minyak serta pelabuhan selain perlu efektif,” katanya selepas me­rasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, ketika ini kerajaan memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menikmati subsidi bersasar berkenaan.

“Bagaimanapun selepas pe­laksanaannya, kerajaan dijangka menerima pelbagai maklum balas serta cadangan. Ini sete­rusnya akan membuka peluang kepada kerajaan melihat perkara yang boleh dilaksanakan untuk membantu golongan M40 pula,” katanya.

Pada masa sama, Saifuddin memberitahu, beliau masih belum mempunyai statistik tepat jumlah rakyat yang akan mendapat manfaat melalui program subsidi bersasar namun kiraan akhir dijangka dapat diperoleh dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN