SEREMBAN – Seorang mekanik motosikal berusia 20 tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Jalan LBJ – Nilai dekat sini kira-kira pukul 5.50 petang tadi. Mangsa, M.Siva Vikcneesh maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha LC135 dinaikinya dirempuh sebuah van jenis Mitsubishi dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, kemalangan itu berlaku di simpang empat Eka Matahari menuju ke Bandar Enstek. “Seorang saksi kejadian mendakwa kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya