KUALA LUMPUR 25 Nov. – Beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean merangkul kejuaraan terbesar dalam karier mereka apabila menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India hari ini. Selepas mengejutkan pilihan kedua, Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta dari Indonesia semalam, beregu No. 19 dunia itu menundukkan pemain harapan tuan rumah, Ashwini Ponnappa-N. Sikki Reddy 21-15, 21-13 dalam final. Ini adalah kejuaraan pertama buat pasangan muda negara itu dalam…










