Media jangan tumpu isu negatif - Utusan Malaysia

Media jangan tumpu isu negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pengamal media perlu mengetengahkan laporan berita berhubung 1,000 sekolah yang baik, bukan hanya menumpukan isu-isu negatif yang terpencil.

MASZLEE MALIK
MASZLEE

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, apabila media hanya memberi tumpuan kepada isu-isu negatif secara tidak langsung mereka tidak membantu menjaga hubungan antara kaum di negara ini.

“Dalam buat berita jangan sensasikan negatif semata-mata. Dia (pengasingan kantin sekolah) hanya satu, seribu yang lain elok. Kita kena paparkan seribu yang lain dan memberi pengajaran kepada yang satu itu,

“Kalau kita tonjolkan satu, seolah benda itu satu Malaysia berlaku. Ia tidak akan beri kesan yang baik untuk perhubungan kaum,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam diminta mengulas mengenai laporan media berhubung wujud pengasingan kantin sekolah untuk pelajar Melayu dan bukan Melayu di sebuah sekolah mubaligh di Melaka.

Maszlee walau bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

“Saya kena lihat kembali kepada isu itu, bila tidak ada maklumat payah juga kita nak buat kenyataan. Bila dapat maklumat nanti saya lihat dan saya akan buat kenyataan penuh.

“Kita ada banyak sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan yang lain. Apabila mereka tiada masalah kita kena tonjolkan mereka yang tiada masalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN