MBPJ rangkul lima anugerah kecemerlangan PBT - Utusan Malaysia

MBPJ rangkul lima anugerah kecemerlangan PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencipta sejarah tersendiri apabila meraih lima anugerah sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia yang berlangsung di Medan Bandar Alor Star, Kedah pada 3 November lalu.

Menurut kenyataan MBPJ, anugerah yang dimenangi adalah Anugerah Bandar Mampan 2017 “MURNInets” yang mana pihak berkuasa itu memperoleh markah tertinggi mengatasi pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain.

MBPJ turut memperoleh Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2018 bagi penyediaan laluan pejalan kaki dan berbasikal selepas pelan induk menyasarkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030 diiktiraf.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengiktirafan juga diberikan melalui Anugerah Inisiatif Pembangunan Kebun Kejiranan atas kejayaan mewujudkan 11 kebun kejiranan di Petaling Jaya di bawah jenama Kebun Kita.

Sementara itu, MBPJ turut meraih Anugerah Inisiatif Program Pengkomposan Sisa selepas kajian mendapati 48 peratus sisa di kawasan PBT berkenaan merupakan sisa organik.

Kemuncak bagi anugerah yang diterima MBPJ pada hari tersebut adalah Anugerah Khas Menteri Wilayah Persekutuan berdasarkan pencapaian terbaik keseluruhan dalam pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2018. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×