MB yakin bekalan air pulih esok - Utusan Malaysia

MB yakin bekalan air pulih esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 26 Nov. – Kerajaan negeri yakin kira-kira 42,000 akaun pengguna yang terjejas akibat masalah bekalan air di daerah ini dan Rembau dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang pukul 8 pagi esok.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kerja-kerja membina semula tebing di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi yang runtuh tengah hari semalam sehingga menyebabkan masalah itu sedang dijalankan.  

“Gangguan bekalan air di seluruh Port Dickson melibatkan 34,000 akaun pengguna dan 8,000 lagi akaun di sebahagian kawasan Seremban berlaku di di luar jangkaan.

“Tebing yang dibina semula kelmarin pula tidak dapat bertahan dan dihanyutkan arus deras. Kita sedang membina tebing yang lebih tahan dan kerja itu dijangka selesai malam ini.

“Insya-Allah bekalan air pulih selewat-lewatnya pukul 8 pagi esok bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat LRA Sungai Linggi di sini hari ini.

Aminuddin berkata, sebanyak 3,000 tan batu digunakan bagi membina tebing baharu di loji itu bagi memastikan loji itu dapat berfungsi semula untuk penduduk Port Dickson. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×