Mayat wanita ditemui di Sungai Pegalan - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemui di Sungai Pegalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM – Mayat seorang wanita yang identitinya belum diketahui ditemui terapung di Sungai Pegalan berhampiran Kampung Pulong, 7 Kilometer dari sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Mayat wanita itu ditemui oleh orang awam tersangkut berhampiran pengepam air Sungai Pegalan.

Mayat berkenaan kemudian diangkat naik ke darat menggunakan tali dan alat usungan oleh sepasukan enam anggota bomba diketuai Awang Adani Damit kira-kira pukul 9 pagi.

“Maklumat peribadi mangsa tidak diperolehi, kata Awang Adani dalam satu kenyataan.

Menurut saksi di tempat kejadian, wanita itu mempunyai tatoo di bahagian peha kanan.

Polis Tenom mengesahkan penemuan mayat itu dan meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN