Mayat wanita dalam keadaan berulat ditemui di laman rumah - Utusan Malaysia

Mayat wanita dalam keadaan berulat ditemui di laman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Mayat seorang wanita warga Singapura ditemui dalam keadaan sudah berulat tanpa sebarang pakaian di halaman rumah di Lorong Islah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kita pukul 12.51 tengah hari, mayat Wong Kheng Choo, 76, ditemui terlentang di halaman rumahnya oleh dua kenalannya yang merupakan pasangan suami isteri.

Mohd. Zainuddin Abdullah berkata, dia bersama isterinya, Rosnani Luman, 52, pergi ke rumah mangsa untuk menjenguknya selepas lama tidak bertemu.

“Kami membahasakannya sebagai ‘Aunty’ namun selepas berkali-kali isteri saya memanggilnya dia tidak menyahut seperti kebiasaan.

“Pagar rumahnya juga berkunci namun setelah diperhatikan di sekeliling rumah kami melihat satu mayat terbaring di halaman rumah. Kami memang terhidu bau busuk dan menjangkakan itu bau bangkai kucing,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN