Mayat tanpa identiti ditemui rentung di dalam kereta - Utusan Malaysia

Mayat tanpa identiti ditemui rentung di dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Satu mayat ditemui dalam keadaan rentung di bahagian tempat duduk hadapan sebuah kereta yang dipercayai dibakar di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Banjar dekat Teluk Intan pagi tadi.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan tersebut untuk dibakar bagi menghapuskan bukti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, mayat yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenal diri itu dijumpai oleh seorang lelaki sebelum menghubungi pihak polis kira-kira pukul 8.45 pagi.

Jelasnya, polis telah melakukan pemeriksaan di dalam kereta dan menemui mayat mangsa di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut.

“Identiti mangsa itu sukar dikenal pasti ekoran keadaannya yang sudah rentung.

“Kita juga tidak menjumpai dokumen pengenalan diri yang boleh dikaitkan dengan mangsa di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Segari, Seri Manjung di sini hari ini.

Jelasnya, polis juga tidak menolak kemungkinan mayat tersebut di bawa dari lokasi lain sebelum di bakar di Jalan Kampung Banjar menghala ke Kampung Selabak di Teluk Intan.

Tambah Yahya, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN