Mayat ditemukan dalam kabin bot terbiar - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan dalam kabin bot terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING 15 Nov. – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kabin bot terbiar di Jeti Ah Liang, Endau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, mayat lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam pukul 3.15 petang dalam keadaan terlentang dan sudah membengkak.

“Siasatan awal pihak polis tidak mengesyaki apa-apa kesan cedera pergelutan atau khianat dan
dipercayai  terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Ini kerana pihak polis menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah, selain tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN