Mayat anggota polis ditemukan akhirnya - Utusan Malaysia

Mayat anggota polis ditemukan akhirnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 16 Nov. -Operasi mencari seorang anggota polis yang hilang di Sungai Paka sejak seminggu lalu berakhir setelah mayatnya ditemukan dalam keadaan terapung di sungai tersebut, tengah hari tadi.

Mayat Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, yang bertugas di Balai Polis Paka, ditemui kira – kira 300 meter dari lokasi kejadian , tidak jauh dari lokasi penemuan

mayat Zam Ayam, 39, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah ketika memberitahu,

dalam operasi hari ini, pasukan mencari turut melakukan pembersihan di sekitar tebing sungai dengan memotong dahan -dahan pokok di dalam air.

“Kita percaya mayatnya turut tersangkut pada dahan-dahan pokok di dalam air, dan dalam operasi pada hari ini bersama penduduk kampung telah memotong dahan di sekitar kawasan mayat pertama ditemui,” ujarnya di sini petang ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam Jumaat lalu, Wan Mohd Arif yang mengejar suspek (jenayah pecah rumah) dalam operasi cegah jenayah tergelincir ke dalam sungai bersama suspek dan mereka hilang dibawa arus deras.

Mayat Wan Mohd Arif kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun proses bedah siasat dan urusan pengebumian sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Kampung Padang Embung, Pasir Mas, Kelantan.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Syarifah Murni Syed Abdul Aziz, 27, ketika ditemui bersyukur kerana mayat suaminya telah ditemui dan mengucapkan penghargaan terhadap semua yang terlibat dalam operasi tersebut.

Dia yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir semester di Kolej Kejururawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah redha dengan kejadian yang menimpanya.

“Alhamdulillah akhirnya mayat abang telah ditemui. Saya tetap bersyukur dapat menatap wakahnya buat kali yang terakhir, ” katanya.

Sementara itu kakak mangsa, Wan Suraya Wan Yahya berkata, penemuan mayat adiknya melegakan keluarga yang telah seminggu menanti di lokasi kejadian.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN