Maut kepala tersepit buaian OKU - Utusan Malaysia

Maut kepala tersepit buaian OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Permulaan cuti sekolah buat sebuah keluarga ber­akhir dengan tragedi apabila anak perempuan mereka maut selepas kepala­nya tersangkut pada besi buaian­ orang kelainan upaya (OKU) di Taman Metropolitan Kepong di sini kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 6.20 petang ketika ­mangsa, B. Leelawathy, 15, sedang bermain buaian besi itu bersama ahli keluarga­nya sebelum kepalanya tiba-tiba tersangkut di celah-celah besi berkenaan.

Mangsa bagaimanapun bukan OKU.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner C. Shanmugamoorthy ber­kata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang.

“Mangsa dikatakan sedang bermain buaian di lokasi kejadian sebelum kepalanya tiba-tiba tersangkut pada besi berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan pendarahan pada hidung dan telinga mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan daripada besi itu dengan bantuan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×