LANGKAWI 25 Nov. – Pembersihan jentera Kerajaan Persekutuan perlu terus dilaksanakan memandangkan budaya mensabotaj dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan penjawat awam. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun jumlah mereka yang terbabit semakin berkurangan, namun pihaknya sering mengingatkan penjawat awam terutama pegawai kanannya tentang perkara itu agar usaha pembersihan dapat dilakukan sepenuhnya. “Masih ada pegawai yang tidak komited misalnya ada berlaku kakitangan empat bulan tidak dibayar gaji sedangkan…










