BACHOK 31 Okt. – Seorang remaja lelaki yang dipercayai lemas ketika menjala ikan bersama bapa dan rakannya semalam berjaya ditemukan di kawasan berdekatan jeti nelayan di Pantai Senok, di sini hari ini. Mangsa, Aizat Safuan Ismail, 19, berjaya ditemukan oleh pihak bomba pada pukul 3.20 petang selepas operasi mencari dan menyelamat mengambil masa selama 19 jam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Yus Heary Mahmud berkata, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Kota Bharu terlibat dalam operasi tersebut. “Operasi mencari mangsa bermula sejak dari pukul 8.06…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya