KECEDERAAN dialami kapten skuad hoki negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib tidak serius seperti disangka, sekali gus memberi petanda positif menjelang saingan Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India dari 28 November ini hingga 16 Disember depan. Sukri, 32, terpaksa dipapah keluar oleh pegawai fisioterapi pasukan dari Institut Sukan Negara dalam separuh masa pertama aksi persahabatan kedua menentang New Zealand di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin. Kerisauan jelas terpancar…










