DOHA 26 Nov. – Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada majlis penyampaian anugerah ‘Third Sheikh Tamim International Anti-Corruption Excellence Award’ yang dijadual berlangsung di Putrajaya bulan depan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah Qatar memilih Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara itu jelas menunjukkan bahawa usaha kerajaan untuk membanteras penyelewengan dan korupsi kini mendapat pengiktirafan antarabangsa. Beliau berkata Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al…










