Malaysia tidak akan setuju dengan RCEP jika tidak baik untuk rakyat - Utusan Malaysia

Malaysia tidak akan setuju dengan RCEP jika tidak baik untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang berat sebelah.

“Kadang-kadang, hubungan antarabangsa diterima secara berbeza oleh segmen penduduk yang berbeza. Kita tidak boleh menerima sesuatu yang kedengaran munasabah untuk negara-negara lain tetapi mungkin tidak munasabah untuk ramai penduduk di negara kita.

“Kita mahu mengelakkan konflik di dalam negara kita yang disebabkan kita bersetuju dengan idea asing,” katanya di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di negara pulau itu yang berakhir hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Bernama sebelum ini bahawa Putrajaya tidak akan menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) jika ia bukan perjanjian yang adil.

Dilancarkan pada 2012, RCEP adalah pakatan ekonomi terbesar di dunia yang merangkumi hampir separuh daripada ekonomi global.

Ia melibatkan 16 negara, iaitu 10 negara anggota ASEAN serta enam negara Asia Pasifik, iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN