Malaysia promosi Maqasid Syariah - Utusan Malaysia

Malaysia promosi Maqasid Syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Malaysia sedang mempromosikan konsep Maqasid Syariah, satu tataetika peri­laku yang mengandungi konsep kasih sayang, etika dan nilai-nilai hidup, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh (gambar kecil).

Katanya, kerangka Maqasid Syariah adalah untuk melin­dungi lima matlamat sejagat iaitu melindungi agama, melindungi kehidupan, melin­dungi minda dan daya berfikir, melindungi waris keturunan dan melindungi harta benda dan sumber-sumber.

“Maqasid Syariah bercakap mengenai penolakan kepada kemusnahan tetapi menggalakkan pembangunan konstruktif yang memberi manfaat kepada manusia,” kata Fauziah ketika berucap pada majlis makan malam sempena persidangan mengenai kualiti udara yang lebih baik di Pusat Konvensyen Borneo Ku­ching di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN