SINGAPURA – Malaysia memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada Moscow, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. “Seperti yang anda maklum, kami telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan saya berpendapat kami perlu mempelajari lebih banyak tentang cara untuk menyenggara dan membaiki pesawat berkenaan,” kata beliau semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di sini. Bagaimanapun, tiada…










