Malaysia akan ekstradisi Roger Ng sekiranya diminta AS - Mahathir - Utusan Malaysia

Malaysia akan ekstradisi Roger Ng sekiranya diminta AS – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng akan diektradisi dan dihantar terus ke Amerika Syarikat (AS) sekiranya ada permintaan dari negara itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan ke atas Ng akan diambil di AS kerana kesalahan itu berlaku di sana.

“Jika pihak Amerika minta supaya diekstradisi kita akan terus hantar kepada Amerika,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini. 

Beberapa media sebelum ini melaporkan Ng ditahan di Malaysia, dan bekas rakan sekerjanya Tim Leissner pula mengaku bersalah di New York bagi kesalahan berkaitan urusan kewangan yang melibatkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Sementara itu, ditanya mengenai bidaan bagi kapal mewah ‘Equanimity’ milik ahli perniagaan, Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low yang berakhir hari ini, Mahathir berkata, beliau belum mendapat maklumat mengenai perkara itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN