Malam Konsert Dekade Live In Kuala Lumpur 2018 yang dijanjikan dan ditunggu penuh ghairah oleh pencinta tegar Afgan akhirnya tiba pada 3 November lalu. Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn. Bhd., pemilik nama sebenar Afgansyah Reza itu, berjaya menghipnotis 2,500 peminatnya di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan persembahan seperti menelusuri lorong waktu di tahun 1990-an. Hal ini kerana, Afgan mengisi penampilannya pada malam itu dengan fesyen 1990-an seperti…










