Makanan halal ala-Malaysia di Taiwan - Utusan Malaysia

Makanan halal ala-Malaysia di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 15 Nov. – Siapa sangka di sebuah jalan kecil di bandaraya yang hampir 97 peratus penghuninya bukan beragama Islam terdapat sebuah kedai halal yang menjual makanan menyerupai masakan Malaysia.

Menariknya kedai tersebut Kunming Islamic Restaurant  dimiliki dan dikendalikan pasang suami isteri muslim Yaacob Mah, 60 dan Fatima Ming, 58,  berasal dari Tanah Besar China.

Antara masakan yang disajikan di restoran ini adalah ikan siakap masam-manis, sambal udang, daging masak kicap, telur dadar dan kangkung goreng.

“Pelanggan saya sebahagian besar adalah dari Asia Tenggara iaitu dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Pada mulanya saya tidak cekap memasak makanan Asia Tenggara tetapi perlu juga melakukannya atas permintaan pelanggan,” kata Yaacob kepada media Malaysia yang mengikuti program Salam Taiwan anjuran Biro Pelancongan Taiwan.

Kesemua masakan yang dihidangkan kepada media semenangnya menepati  citarasa Malaysia dan kesemua menu yang dihidangkan habis di makan.

Yaacob telah membuka restoran ini selama 26 tahun. Selain isterinya turut membantu di restoran tersebut adalah dua orang pekerja daripada Indonesia.

Jelas Yaacob, restorannya dibuka dua kali sehari iaitu pada waktu makan tengah hari dari pukul 11.30 pagi hingga 1.30 petang dan waktu makan malam dari 5.30 petang hingga 9.30 malam. Pada hari cuti kedainya hanya buka pada waktu makan malam.

Menurut beliau bekalan ayam dan daging mentah halal mudah diperolehi di Taiwan berbanding dahulu.

Sebelum ini dia sendiri menyembelih ayam kerana sukar membeli ayam halal. Namun sejak 10 tahun lalu selepas kerajaan mengharamkan penyembelihan di tempat umum pusat penyembelihan mengupah sorang iman untuk menyembelih ayam.

Bagi bekalan daging lembu dan kambing halal pula umat Islam yang berjumlah 300,000 orang bergantung kepada bekalan import dari Australia dan New Zealand.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN