Makan bersama penduduk - Utusan Malaysia

Makan bersama penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bersempena dengan kempen Pesta Makanan 2018 baru-baru ini, The Curve telah bekerjasama dengan seorang dermawan tempatan, Kuan Chee Heng.

Kerjasama ini telah melibatkan sekumpulan sukarelawan yang turut serta melawat Pangsapuri Pelangi di Petaling Jaya, Selangor dalam menjayakan majlis makan malam yang istimewa bersama-sama penduduk.

Pangsapuri Pelangi adalah pembangunan perumahan kos rendah yang terletak di Persiaran Surian. Bagi lawatan ini, lebih 30 orang sukarelawan dari Pasukan Pengurusan Curve bersama Chee Heng dan wakil-wakil dari Polisi Komuniti Malaysia, Kota Damansara serta Rukun Tetangga Pangsapuri Pelangi telah turut sama berkumpul untuk menikmati hidangan nasi ayam dan kuih-muih tempatan bersama dengan 150 penduduk di pangsapuri tersebut.

Kemeriahan dirasai apabila sukarelawan bersama-sama dengan tetamu dan berbual-bual mesra sesama mereka, di samping menyertai beberapa aktiviti seronok yang telah disediakan.

Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, The Curve telah menyumbang pelbagai barangan isi rumah kepada seluruh penduduk.

Pengurus Besar Kanan The Curve, Jazmi Kamarudin berkata: “Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk komuniti, kami amat gembira dapat meluangkan masa bersama penduduk Pangsapuri Pelangi untuk menikmati hidangan makan malam yang lazat. Kami memberi tumpuan untuk meninggalkan kesan positif kepada mereka yang memerlukan khasnya bagi komuniti yang terletak berdekatan dengan kami.”

Pesta Makanan The Curve yang bertemakan Taman Makanan: Tempat Di mana Pencinta Makanan Bertemu, adalah karnival makanan yang dijalankan selama empat hari, lengkap dengan pelbagai jenis makanan, seperti makanan ringan dan pencuci mulut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN