MAI terap teknologi blockchain dalam industri automotif - Utusan Malaysia

MAI terap teknologi blockchain dalam industri automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 27 Nov. – Institut Automotif Malaysia (MAI) hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama Cryptovalley Malaysia (CVM) bagi melaksanakan aplikasi teknologi blockchain dalam industri automotif negara agar sejajar dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Empat bidang inisiatif yang akan diterokai menerusi kerjasama tersebut adalah menambah baik rantaian pembekalan alat ganti tulen, senarai ranking perkhidmatan bengkel terbaik, pengurangan pelepasan karbon daripada kenderaan komersial serta perkhidmatan alternatif e-hailing.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, penggunaan teknologi blockchain dapat dimanfaatkan bagi meneroka peluang-peluang baharu kerana MAI telah pun sedia memiliki super komputer dan Big Data Analytics (BDA) bagi membolehkan data-data industri automotif dikumpul dan dianalisa.

“Kita di Malaysia kena sedar segala aktiviti yang kita lakukan akan mengeluarkan data dan ada data daripada aktiviti-aktiviti ini boleh kita guna pakai untuk hasilkan peluang perniagaan dan peluang pekerjaan.

“Cuma data-data ini harus kita lakukan kriptografi dan ada platform supaya data ini dapat dikumpul dan dianalisa supaya dapat memberi peluang kepada orang Malaysia untuk memulakan perniagaan dalam bidang-bidang baharu,” katanya selepas majlis menandatangani MoA berkenaan di Auditorium MAI di sini hari ini.

MoA berkenaan ditandatangani oleh Madani yang mewakili MAI manakala CVM diwakili oleh Pengasas bersamanya, Koh How Tze. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN