Mahu kumpul RM35,000 dalam masa dua minggu - Utusan Malaysia

Mahu kumpul RM35,000 dalam masa dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Sepasang suami isteri memerlukan kira-kira RM35,000 bagi membiayai pembedahan bayinya yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati.

Maziana Abdul Majid, 36, berkata, usahanya untuk mendapatkan bantuan dari pelbagai agensi termasuk Baitulmal dan Pusat Zakat menemui jalan buntu sedangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu, Nadi Permata Malaysia telah memaklumkan mereka akan berangkat ke China untuk pembedahan tersebut dua minggu lagi.

“Masih tidak cukup RM35,000. Kisah saya sudah tidak diterbitkan di mana-mana media dan sumbangan semakin berkurang.

“Saya berharap masih ada pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan kepada kami sekeluarga. Masa semakin suntuk dan kami sudah tiada jalan lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan keadaan Maziana dan bayinya, Siti Hawa Mohamad Faqhrul Azhar, 10 bulan, pada 15 November lalu.

Sumbangan boleh di­salurkan ke akaun Maybank 512679324551 atas nama Maziana atau menghubunginya di talian 017-6573717 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN