Mahkamah Tinggi tolak permohonan tangguh ambil alih tanah kuil - Utusan Malaysia

Mahkamah Tinggi tolak permohonan tangguh ambil alih tanah kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini dengan kos untuk menangguhkan perintah pengambilalihan semula tanah kuil itu oleh pemiliknya, One City Development Sdn Bhd (One City).

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim M.Gunalan selepas menolak permohonan plaintif, S. Thangaraju, 37, M. Mohanakrishnan, 59, dan S. Nagarajah, 52.

Selain One City, ketiga-tiga plantif turut menamakan K. Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dan M. Nagaraju sebagai defendan.

Peguam One City, Claudia Cheah Pek Yee memberitahu, antara alasan pihak mahkamah menolak permohonan plantif itu adalah tiada locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Selain itu, mahkamah turut menyatakan bahawa One City juga adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding tersebut di sini hari ini. 

Ketiga-tiga plaintiff itu memfailkan permohonan pada 12 November lalu bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim Penghakiman Persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 November 2018.

Permohonan itu dibuat berikutan plaintif telah memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 November lalul bagi menuntut perintah injunksi bahawa defendan-defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.

Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa Penghakiman Persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN