IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap seorang pereka grafik yang telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu membabitkan pemimpin negara melalui akaun Facebook miliknya dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Mohd. Radzi Harun membuat keputusan itu terhadap, Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin, 41, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.…










