Mahdzir beri keterangan lebih lapan jam kepada SPRM - Utusan Malaysia

Mahdzir beri keterangan lebih lapan jam kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Nov.- Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai memberi keterangan selama lebih lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Naib Presiden UMNO itu keluar dari ibu pejabat SPRM pada pukul 6.15 petang, sebelum itu beliau tiba pada pukul 10 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz berwarna putih.

“Mahdzir selesai memberi keterangan dan keluar dari ibu pejabat SPRM pada pukul 6.15 petang, setakat ini tiada maklumat sama ada beliau akan didakwa atau tidak esok,” katanya ketika dihubungi Utusan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mahdzir bersama seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung projek bersepadu sistem solar untuk sekolah luar bandar Sarawak.

Pada Oktober lalu, Mahdzir telah memberi keterangan selama lima jam kepada SPRM berhubung skandal projek solar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN