MAHA 2018: PPK Kuala Langat meterai MoU dengan enam syarikat - Utusan Malaysia

MAHA 2018: PPK Kuala Langat meterai MoU dengan enam syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama enam syarikat tempatan bagi pemasaran produk sayuran dan buah-buah segar tempatan keluaran ahli peladang.

Antaranya Tesco Malaysia Berhad, Techno Fresh Sdn. Bhd., TF Value Mart, CH Leong Global, Leong Hock Seng dan Agro Processor Sdn. Bhd.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Hamzah Bahari berkata, sehingga kini PPK Kuala Langat sudah memasarkan tujuh produk dan buah-buah segar tempatan dengan kapasiti 120 tan sebulan.

“Menerusi MoU ini dijangka lebih banyak lagi produk segar akan dibekalkan secara konsisten menerusi syarikat-syarikat berkenaan.

“Malah PPK Kuala Langat turut berjanji untuk terus mempromosikan produk dan pengeluaran secara konsisten di pasaran,” katanya.

Majlis memeterai MoU berkenaan diadakan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di sini.

Hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Pengarah LPP negeri Selangor, Norfaezah Omar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN