Madurasa terus dapat permintaan - Utusan Malaysia

Madurasa terus dapat permintaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Madu keluaran Indonesia, Madurasa terus mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat di negara ini kerana mengandungi pelbagai khasiat termasuk meningkatkan stamina serta membantu melancarkan sistem penghadaman.

SOEPIE ALI bersama produk madurasa asli yang semakin laris di
SOEPIE ALI bersama produk madurasa asli yang semakin laris di 

Pengarah Urusan Syarikat Pengedar PT. Sari Sihat (M) Sdn. Bhd., Soepie Ali berkata, madu ini dijual dalam pelbagai saiz termasuk dalam bentuk peket dan botol kaca iaitu bagi saiz 250 mililiter (ml) dan 650 ml.

“Turut dijual madu jeruk iaitu berperisa limau dan ketiga-tiga produk ini mendapat permintaan yang tinggi.

“Ada madu yang ditambah dengan ‘royal jelly’ dan ‘bee pollen’, khasiat utamanya membantu penjagaan kesihatan secara menyeluruh serta meningkatkan stamina tubuh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, Madurasa jeruk memiliki perisa yang lebih segar malah bungkusannya dalam bentuk peket memudahkannya dibawa ke mana-mana.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutifnya, Kandi Rahayu memberitahu, ketiga-tiga produk tersebut telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 1990 dan mempunyai ramai peminat daripada pelbagai lapisan usia.

“Madu ini juga baik untuk kanak-kanak dan remaja malah cara pemakanannya juga sangat mudah. Ia boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dalam air atau disapu pada roti.

“Syarikat akan cuba untuk memperkenalkan produk ini kepada pasaran yang lebih luas iaitu bagi kawasan semenanjung, Sabah serta Sarawak,” katanya.

Tambahnya, dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan, syarikat juga aktif mengikuti pelbagai promosi sama ada dalam atau luar negara.

“Madurasa ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan memiliki sijil halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Malaysia.

Madurasa RB 250 ML
Madurasa RB 250 ML 

“Malah pada Disember lalu, Madurasa terpilih dan diiktiraf dalam program Asia Halal Brand Award 2017 bagi kategori Suplemen Madu Terbaik.

“Madu ini boleh didapati di kedai-kedai jamu atau di pasar raya terkemuka Mydin. Mana-mana pihak yang berminat menjadi pengedar boleh menghubungi syarikat di email, [email protected],” katanya.

———————

Info grafik:

Harga:


 Madurasa Jeruk : RM 7.80 satu kotak

 Madurasa Premium 250 ml : RM 35.60 satu botol

 Madurasa Premium 650 ml : RM 71.50 satu botol

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN