KUALA TERENGGANU 26 Nov. – Kerajaan Pas tidak berhasrat menambah bilangan Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di negeri ini sebaliknya akan mengekalkan jumlah sedia ada bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf kemudahan asas di institusi berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pemerhatiannya mendapati persekitaran di ketiga-tiga madrasah moden di Kuala Nerus, Besut dan Hulu Terengganu itu…










