Macau Scam: Mekanik rugi RM20,000 - Utusan Malaysia

Macau Scam: Mekanik rugi RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 26 Nov. – Seorang mekanik di daerah ini kerugian RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa menerima panggilan telefon kira-kira pukul 3.40 petang semalam daripada suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan SPRM.

Katanya, suspek memaklumkan mangsa mempunyai notis amaran SPRM sebelum talian disambungkan kepada seorang lelaki bernama Guan Yeow Chong yang memberitahu mangsa terlibat dengan Tan Wai Peng dan perlu memberikan kerjasama semasa soal siasat.

“Talian telefon kemudian terputus dan lebih kurang pukul 4.42 petang, mangsa dihubungi oleh +320319999 dan bercakap dengan Inspektor Wong yang memberitahu butiran mangsa di salah guna untuk membuat perniagaan haram, dadah, kes bunuh dan rasuah di Labuan, Sabah.

“Talian kemudian disambungkan kepada Mr. Lim dari Bank Negara. Mangsa telah memberikan nombor akaun bank, nama pemilik dan kata laluanbank HSBC milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Wazir berkata, Mr. Lim memintanya membuat semakan baki akaun dan mangsa mendapati baki di dalam akaun bank miliknya hanya tinggal RM567.81.

“Wang RM20,000 telah dipindahkan ke akaun HSBC bank 16220500017070 atas nama Nur Aeffaries. Berasa ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah di sini semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×