PARIS, Perancis 24 Nov. – Jaringan tunggal pertahanan, Jason Denayer di separuh masa kedua membantu 10 pemain Lyon melonjak ke tangga kedua Ligue 1 selepas menundukkan musuh setempat, Saint-Etienne awal pagi tadi. Aksi hambar yang dipamerkan kedua-dua pasukan ditentukan menerusi tandukan Denayer yang menyambung sepakan penjuru bekas pemain sayap Manchester United, Memphis Depay pada minit ke-62. Lyon terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi baki 20 minit permainan selepas pertahanan, Rafael…










