Lukisan karya Hockney 
dijual RM378.5 juta - Utusan Malaysia

Lukisan karya Hockney 
dijual RM378.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 16 Nov. – Gambar kolam renang ikonik yang dilukis oleh artis terkenal Bri­tain, David Hockney dijual pada harga AS$90.3 juta (RM378.5 juta) semalam.

Nilai bidaan itu sekali gus memecahkan rekod lelongan untuk seorang artis yang masih hidup.

Portrait of an Artist (Pool with Two Figures) dijual selepas dibida selama lebih sembilan minit oleh dua pembida melalui telefon.

Menurut rumah jualan lelong Christie’s, rekod jualan terdahulu dipegang oleh artis Jeff Koons dan lukisannya iaitu Balloon Dog (Orange) yang dijual dengan harga AS$58.4 juta (RM244.8 juta) pada 2013.

Christie’s menganggarkan lukisan minyak pada 1972 itu bernilai AS$80 juta (RM335.3 juta) dan menyifatkan karya Hockney sebagai salah satu yang terhebat pada era moden.

“Ini merupakan peluang membeli lukisan terbaik daripada seorang artis,” kata Naib Presiden pasca perang dan seni kotemporari di Christie’s sebelum acara lelongan berlangsung.

Christie’s enggan mendedahkan identiti pembeli tetapi laman sesawang Bloomberg dan Artnet melaporkan lukisan berkenaan dibeli oleh hartawan Britain, Joe Lewis.

Joe Lewis merupakan pemilik Tavistock Group dan kelab bola sepak Tottenham Hots­pur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN