LONDON 23 Nov. – Sadio Mane percaya Liverpool sudah bersedia untuk menjulang trofi pertama di bawah kendalian Jurgen Klopp selepas dia menandatangani kontrak jangka panjang baharu bersama kelab itu. Mane bersetuju dengan kontrak baharu yang ditawarkan dan dia akan kekal di Anfield sehingga 2023. Bekas penyerang Southampton itu berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris, musim ini, dan Liverpool kini berada di kedudukan kedua liga di belakang Manchester…










